IDEALISME DALAM NASKHAH “SABDA SANG PENDETA” KARYA ISMAIL KASSAN BERDASARKAN KONSEP KEADAMAN | Author : Nasir Razali, Azhar Wahid | Abstract | Full Text | Abstract :Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menemukan idealisme dalam naskhah drama “Sabda Sang Pendeta” karya Ismail Kassan. Bagi menemukan idealisme dalam naskhah drama yang dikenal pasti beraliran absurd itu, kajian ini mengaplikasikan Konsep Naskhah Drama Absurd Melayu yang disandarkan pada teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali (2010) tertumpu kepada Ciri-ciri Keadaman Teks Kesusasteraan. Konsep Naskhah Drama Absurd Melayu diaplikasikan terhadap teks dikaji kerana mengemukakan dua idea teras, iaitu kesepaduan unsur dalaman (idea dan pemikiran) dengan unsur lahiriah teks (struktur teks). Kedua-dua unsur ini menzahirkan perkaitan stail (kesepaduan unsur dalaman) antara kebenaran terhadap agama dan realiti kehidupan. Hasil kajian mendapati “Sabda Sang Pendeta” mengandungi dua perkara utama yang diketengahkan pengarang. Pertama, nilai Islam berkaitan keagungan Allah SWT, dan al-Quran terkandung ilmu pengetahuan untuk seluruh umat manusia. Kedua, kritikan sosial terhadap sikap tamak yang wujud dalam diri, dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kedua-dua perkara yang ditimbulkan pengarang di dalam teks telah mengungkapkan keinginan, dan seterusnya melahirkan idealisme, iaitu pemikiran pengarang yang bertujuan memberi input positif kepada pembaca, dan khalayak. Jelas, dengan mengaplikasikan pendekatan Konsep Naskhah Absurd Melayu, ia memberi kesan untuk memahami sesebuah naskhah drama absurd yang sebelum ini sukar difahami kerana gaya penyampaiannya dikenal pasti menyimpang dari ciri-ciri drama lazimnya. Oleh demikian, idealisme pengarang dalam naskhah drama absurd yang dikaji itu telah dirungkaikan secara berstruktur, dan sistematik. |
| CERITA RAKYAT MELAYU SUMATRA UTARA BERUPA MITOS DAN LEGENDA DALAM MEMBENTUK KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT | Author : Mardiah Mawar Kembaren, Indonesia Arie Azhari, M. Husnan Lubis | Abstract | Full Text | Abstract :Cerita rakyat Melayu lama mengandung banyak maklumat mengenai orang Melayu dan tamadun Melayu khususnya dalam bentuk mitos dan legenda yang juga merupakan bahagian dari tradisi lisan. Pada zaman yang serba digital dan dan penuh dengan teknologi informasi yang canggih, eksistensi mitos dan legenda semakin terancam. Generasi saat ini kebanyakan tidak lagi mengenal cerita rakyat klasik yang pada zaman dahulu yang menjadi patokan untuk menjalani kehidupan yang harmoni dan selaras dengan alam. Di Sumatera Utara, terdapat wilayah-wilayah yang didiami oleh orang Melayu yang masih menjaga adat dan tradisi mereka secara turun temurun terutama dalam penyampaian tradisi lisan mengenai cerita rakyat meskipun tidak banyak lagi. Tulisan ini membahas tentang beberapa legenda dan mitos yang masih dipertahankan orang Melayu di Sumatera Utara dan kearifan lokal yang dipengaruhi oleh adanya cerita rakyat tersebut serta usaha preservasi dan pembudayaan kembali terhadap mitos dan legenda di tengah-tengah masyarakat Melayu modern.Mitos-mitos yang ditemukan adalah beberapa jenis mitos sesuai dengan fungsinya yaitu berbentuk pantang larang, mitos untuk perempuan dan laki-laki, dan juga mitos anak-anak. Sedangkan legenda yang beredar merupakan legenda berupa asal-usul terjadi dan terbentuknya suatu tempat yang hingga kini menjadi nama dari tempat tersebut. Cerita rakyat ini secara umum memberikan fungsi sosial dan kearifan lokal terhadap masyarakat Melayu berupa pendidikan moral, ketaatan, dan nilai-nilai agama yang mempengarui kepada kebaikan dalam perbuatan. Adapun usaha mengenkulturasi cerita rakyat berupa tradisi lisan ini adalah dengan adanya sosialisai seperti penceritaan melalui pencerita/telagkai dalam setiap acara kemelayuan, dalam bentuk tulisan berupa buku, serta menjadi bahan pengajaran dalam dunia akademik sehingga terwujud pelestarian tradisi lisan dan cerita rakyat berupa mitos dan legenda yang bermanfaat bagi masyarakat Melayu masa depan. |
| IMPLEMENTASI PEMBELAJARAN MENULIS TEKS EKSPLANASI KOMPLEKS PADA SISWA KELAS XI SMAN 10 YOGYAKARTA DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI | Author : Rd. Bily Parancika, Pujiati Suyata | Abstract | Full Text | Abstract :Dalam proses pembelajaran, keterampilan menulis menjadi salah satu keterampilan yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana menulis menjadi salah satu keterampilan yang perlu diasah, akan tetapi bakat juga mempengaruhi kemampuan siswa dalam menulis. Hal tersebut terlihat dari beberapa permasalahan yang sering terjadi dalam kalangan siswa dalam proses menulis. Sukarnya menggabungkan idea atau gagasan menjadi sebuah tulisan, keterbatasan kosa kata, rendahnya budaya literasi dan kurangnya daya tangkap siswa dalam memahami informasi, menjadikan menulis sebagai pembelajaran yang amat dihindari oleh siswa. Oleh kerana itu, penelitian ini bertujuan untuk menarik minat belajar siswa dalam pembelajaran menulis menggunakan strategi yang berbasis foto atau gambar. Selain itu, strategi writing a story based on a picture/photograph juga dapat membantu siswa untuk berimajinasi dalam mengembangkan gagasan. Foto atau gambar bukan hanya bahagian dari metode, tetapi lebih dari sekadar merepresentasikan sebuah tempat, atau objek yang terdapat di dalamnya, melainkan siswa dapat menjelajahi lebih jauh pengalaman dan pengetahuan siswa mengenai gambar tersebut. Penelitian ini merupakan penelitian quasi eksperimental dengan menggunakan design pre-test and post-test random assignment control-group design. Data pretest dan posttest yang dikumpulkan menggunakan teknik berbasis nontes berupa penugasan dalam menulis teks eksplanasi kompleks. Penugasan dilakukan sebanyak dua kali, pada tahap awal pertemuan (pretest) dan pada tahap akhir pertemuan (posttest) setelah diberikan perlakuan. Data dianalisis menggunakan rubrik penilaian dilanjutkan dengan teknik analisis varian (ANOVA) satu jalur. |
| NALURI KEMASYARAKATAN MENGANGKAT KEUNGGULAN KEPENGARANGAN MUHAMMAD HJ SALLEH TERHADAP PEMBANGUNAN MINDA BANGSA MELAYU | Author : Ghazali Din, A.Halim Ali | Abstract | Full Text | Abstract :Kajian ini bertujuan mengkaji sumbangan dan kepengarangan Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh sebagai seorang penyair yang mengangkat martabat jati diri Melayu. Muhammad Hj Salleh memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan minda masyarakat Melayu menerusi puisi-puisinya. Kajian berbentuk kepustakaan dan kualitatif menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri yang menggabungkan Teori Teksdealisme dan Teori Tipa Induk (Carl Gustav Jung) sebagai landasan analisis. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan puisi-puisi terpilih Muhammad Haji Salleh yang mempersembahkan dimensi pemikiran yang mencerminkan kesedarannya terhadap pembangunan minda bangsa Melayu. Kreativiti Muhammad Haji Salleh menghasilkan puisi-puisi berpaksikan sosial memperlihatkan sumbangan Muhammad Haji Salleh sebagai pengarang intelektual Melayu yang berjaya membina hubungan antara pengarang, teks dan pembaca. Rupa sosialisasi Melayu diungkapkan Muhammad Haji Salleh secara halus hingga mencapai tahap keunggulan dalam kepenyairan dan kepengarangannya. Kajian mendapati sumbangan Muhammad Haji Salleh terhadap pembangunan minda dan peradaban Melayu merentasi benua menerusi puisi-puisinya. |
| MORPHOLOGICAL TYPOLOGY OF RIAU MALAY LANGUAGE | Author : Morphological typology; Affixation; Riau Malay Language; Grammar | Abstract | Full Text | Abstract :The purpose of this research is to explain the morphology typology of Riau Malay Language (RML). Linguistic typological studies on regional languages ??still need to be done because there are still more grammatical questions about regional languages ??that have not been analysed in their entirety. Typological research is language research based on the characteristics or types that are dominant in the language that can be used as a basis for morphological classification. This morphological typological study was conducted as an effort to participate in the development of regional languages. This research is a field research that was carried out in the Riau Province, Indonesia. The data was sourced from oral and written data. The data collection uses the refer method and the analysis of data is by the Agih method with the sloping technique, replace and lift. The results of data analysis are presented using informal methods. The theory used in this study follows Jufrizal (2004) and Comrie (1989). The results showed that RML affixes consisted of {meN}, {beR}, {teR}, {di-}, {peN}, {pe}, {peR-}, {ber-}, and {bese}; infix {-em-}, {-el-}, and {-er-}; suffix {-an}, {-kan} and {-i}; confix {peN-an},{peR-an}, {ke-an}, {ber-an}, and {se-nye}; The combination of affixes {mempeR-(-kan, -i)}, {me-kan}, and {di-kan} can be attached to the basic form consisting of nominal, verbal, adjective, adverb, and numeralia. Affixation that occurs can change the class of words (derivational processes) or not change the clasxs of words (inflectional process). Based on segmentability and invariance ofx RML affixes, it was found that RML is an agglutinative type of language. |
| ANALISIS KEUPAYAAN PELAJAR DALAM PEMBINAAN SEMULA KURIKULUM BAHASA MELAYU ASAS BAGI PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS | Author : Muhammad Fawiz Bakri, Zulkifli Osman, Anida Sarudin Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan | Abstract | Full Text | Abstract :Kurikulum merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti. Kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan. Namun demikian, dalam misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui sektor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, penyusunan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Melayu masih memerlukan penambahbaikan. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah keupayaan pelajar yang berbeza terhadap penguasaan asas bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan tokoh, pakar atau pengamal kurikulum asas Bahasa Melayu untuk pelajar asing di universiti awam dan swasta bagi membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Model Taba dipilih kerana model ini sesuai dengan reka bentuk metod pengajaran berdasarkan autonomi guru berbanding dengan lima model kurikulum yang lain. Teknik Delphi digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data. Teknik ini dijalankan melalui beberapa pusingan temu bual terhadap informan kajian bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap (1) keperluan pengasingan kelas mengikut keupayaan pelajar dan (2) keperluan mengadakan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati pendapat informan tidak senada tentang keperluan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar kerana faktor kemudahan yang tidak mencukupi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud keperluan mengadakan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi pelajar antarabangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek keupayaan pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. |
|
|